Jenis Kabinet Dapur : Beza Formica vs Melamine

Sebelum saya kongsikan perbezaan kabinet dapur jenis Formica vs Melamine, saya akan jelaskan sedikit apa sebenarnya Formica dan Melamine ni?

Formica dan Melamine adalah sejenis ‘finishing’ yang digunakan di atas permukaan bahan kabinet dapur sebagai lapisan terakhir kabinet. Dalam erti kata lain, ianya BUKAN BAHAN UTAMA sesebuah kabinet dapur.

Sebagai contoh, kami di MKbina.com mengesyorkan kayu Chipboard sebagai bahan utama untuk kabinet dapur rumah pelanggan kami. Ianya adalah kerana kelebihan-kelebihannya seperti anti anai-anai, kayu yang ringan dan tahan lama pada harga yang sangat berbaloi.

Namun, ‘finishing’ Formica/Melamine turut boleh digunakan pada kayu-kayu kabinet jenis plywood, marine-ply, blockboard dan sebagainya.

Sekarang anda sudah tahu Formica dan Melamine ini adalah sejenis finishing? Kami terangkan pula 4 perbezaan kabinet dapur Formica vs Melamine ini.

Perbezaan Kabinet Dapur Formica vs Melamine

RUPA

Ini adalah contoh kabinet dapur jenis Melamine. Sepertimana yang anda boleh lihat, ianya sejenis finishing bercorak kayu. Anda boleh pilih warna dan corak secara bebas, namun coraknya akan berasaskan corak kayu.

Manakala ini pula adalah kabinet dapur Formica. Formica merupakan sejenis lamination yang memberikan sedikit efek ‘kilat’ pada permukaan kabinet. Dan kebiasaannya, kabinet design plain (tidak bercorak) adalah sesuai untuk finishing jenis formica.

Bergantung kepada citarasa pengguna, Melamine dan Formica masing-masing mempunyai kecantikannya yang tersendiri.

 

KETAHANAN

Sebenarnya, ketahanan sesebuah kabinet dapur bergantung kepada material utama dan bukan material finishing. Kami di MKbina.com mengesyorkan penggunaan material Chipboard oleh kerana ciri-cirinya yang anti anai-anai.

Dan apabila digunakan sekali dengan finishing, Formica/Melamine, ia menjadikan kabinet dapur anda kalis air.

Namun, anda perlu berhati-hati. Untuk memastikan kabinet dapur anda tahan lebih lama, pastikan finishing Formica/Melamine ini di buat dengan baik dan secara keseluruhan agar tidak ada air yang mampu masuk ke bahagian utama kabinet.

Setiap bucu dan sudut kabinet harus di tutup dengan rapi untuk memanjangkan jangka hayat kabinet dapur anda.

PENJAGAAN

Sekiranya anda bertanyakan kepada kami, antara kabinet jenis formica dan melamine, mana lebih mudah untuk dijaga?

Kami akan bertanya semula kepada anda, meja makan kayu dan kaca, mana lebih mudah untuk dijaga?

Sudah tentu kayu berbanding kaca yang mudah tertinggal kesan cap jari. Sebegitulah lebih mudah untuk anda menjaga kabinet dapur jenis Melamine berbanding Formica yang sangat mudah untuk tertinggal kesan cap jari, lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai anak kecil.

HARGA

Harga kabinet dapur Formica adalah sedikit tinggi berbanding Melamine. Namun begitu, perbezaannya tidaklah begitu jauh dan masih boleh dikategorikan sebagai kabinet yang mampu milik.

Kami turut menyediakan artikel khas untuk Kabinet Dapur Formica dan Kabinet Dapur Melamine agar anda mampu ketahui lebih lanjut perbezaan diantara keduanya.

Berminat untuk dapatkan kabinet dapur untuk rumah anda? Hubungi kami sekarang !

– High End Quality ✅
– Usahawan bumiputera ✅
– Berpengalaman lebih dari 20 tahun ✅
 
Nak dapatkan SEBUTHARGA sila klik dibawah ⬇️

Mengenai MKbina - kabinet Dapur Selangor

MKbina menyediakan servis pemasangan kabinet dapur terbaik di Selangor bagi pemilik rumah yang mengimpikan dapur idaman terbaik mereka.

Daripada rumah flat hinga lah ke rumah banglo, MKbina menyediakan servis pilihan design yang bersesuaian dengan bajet anda agar ia mampu memberikan nafas baru kepada dapur rumah anda dengan pemasangan dapur rumah MKbina. Kabinet dapur mampu milik, kabinet dapur mewah. Dua-dua pun kami ada!

Kami menyediakan servis pemasangan kabinet dapur bagi kawasan-kawasan utama di wilayah kuala lumpur, Selangor dan kawasan yang sama waktu dengannye

INFO & TIPS KABINET DAPUR

kabinet Dapur Formica:
Kelebihan & Keburukan

Tahukah anda apa itu kabinet dapur Formica? Sudah pasti kita inginkan dapur yang paling cantik sebagai ruangan yang penyediaan makanan…

kabinet Dapur Melamine:
Kelebihan & Keburukan

Tahukah anda apa itu Kabinet Dapur Melamine? Sebelum kita mengambil keputusan untuk memasang kabinet dapur di kediaman rumah kita, adalah…

4 Jenis Material Kabinet Dapur Yang Perlu And Tahu

Tahukah anda pentingnya untuk anda mengenali jenis material kabinet dapur sebelum anda pasang? Kami yakin, ramai surirumah yang sudahpun mempunyai…

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email