Kabinet Dapur Aluminium : Kelebihan & Keburukan
Satu-satunya sebab kenapa anda berada disini, tidak lain dan tidak bukan, anda bercadang untuk memasang kabinet dapur aluminium di rumah betul? Namun, anda masih berbelah bahagi sama ada apakah antara kelebihan & keburukan kabinet dapur aluminium.
Kawan, jiran, keluarga mesti keluarkan ayat-ayat seperti
“Pasanglah kabinet dapur aluminium, dapur kau mesti cantik nanti”
“Takpe mahal sikit janji cantik mata memandang.”
Tidak dinafikan, rupa kabinet dapur aluminium ini mengancam. Ianya memberikan anda sedikit sentuhan ‘have-have‘. Tapi, apakah ianya adalah pilihan terbaik untuk anda? Anda kena ingat, pasang kabinet ni bukanlah sesuatu yang anda ingin buat selalu. Bukan ingin diganti setiap kali raya macam anda ganti sofa dan langsir.
Kalau boleh, sekali pasang mesti nak kekal sedekad dua. Betul?
Jangan risau, hari ini kami akan bantu anda untuk buat keputusan itu.
Baca 4 Jenis Material Kabinet Dapur Yang Perlu Anda Tahu
1.rupa yang eksklusif
Tidak dinafikan, kabinet dapur aluminium memberikan feel dan sentuhan kemewahan dan eksklusiviti kepada pengguna. Sudah tentu ianya cantik dan bakal memukau sesiapa sahaja yang masuk dan sentuh kabinet dapur anda.
Kita semua sukakan kemewahan bukan? Lebih-lebih lagi sekiranya anda sukakan design kontemporari.
2.kalis air & mudah dibersihkan
Permukaan aluminium yang licin menjadikan ianya mudah dibersihkan dan kalis air. Anda hanya memerlukan kain kering untuk mengelap apa sahaja kotoran yang ada pada permukaan aluminium. Berbanding permukaan kayu yang sedikit kasar, anda mungkin perlu basahkan kain terlebih dahulu untuk pembersihan yang lebih efisien.
3.anti anai-anai
Kami belum pernah dengar kewujudan anai-anai yang makan aluminium. Maka jelas, pemilihan kabinet dapur aluminium ini bebas daripada kabinet dapur kayu yang terdedah dengan masalah anai-anai.
Nak kabinet dapur kayu sekalipun, pilihlah material seperti chipboard yang anti anai-anai.
keburukan kabinet dapur aluminium
1.Sifat Aluminium Yang Tipis
2.Mudah Melendut
Disebabkan sifatnya yang tipis, ianya lebih mudah melendut berbanding kabinet dapur yang menggunakan kayu. Tidak dinafikan, kayu juga boleh melendut sekiranya diletakkan barang-barang yang terlalu berat, namun ianya lebih lasak berbanding aluminium.
Lebih-lebih lagi bila dapur ni memang amat sinonim dengan barang-barang yang berat. Tin milo, beras, periuk dan sebagainya. Itu belum diambil kira faktor anak anda main ‘sorok-sorok’ dalam kabinet dapur anda.
Tak percaya? Cuba anda bengkokkan aluminium dan papan. Lihat mana yang lebih mudah dibengkokkan.
3.Mudah Calar
Pelanggaran di antara kabinet dapur dengan kelengkapan dapur anda seperti sudu/garfu sudah cukup untuk mencalarkan permukaan kabinet dapur aluminium. Lebih-lebih lagi apabila kita sedang kalut memasak, mananya nak letak barang perlahan-lahan. Adakala kita main campak sahaja.
Bukan mudah nak jaga permukaan Aluminium ini. Takkan anda nak balut dengan plastik? Lagi lah tidak sedap mata memandang.
4.Warna Akan Pudar
Berbanding kayu yang memang menggunakan warna kayu, kabinet dapur aluminium ini kebiasaannya diberikan sentuhan warna melalui warna spray. Dan kita sedia umum yang warna spray ini tidak akan kekal selamanya. Ianya terdedah lebih untuk pudar.
Dan apabila ianya pudar, sudah tentu ‘seri’ dapur itu menjadi kurang. Betul? Maka terpaksa lah anda keluarkan lebihan wang untuk melakukan pewarnaan smeula bagi mengembalikan seri dapur. Bukan orang sahaja tau yang ada seri.
Sekian sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai kelebihan dan keburukan kabinet dapur aluminium.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kabinet dapur, hubungi kami segera. Kami menyediakan khidmat konsultansi atas talian secara percuma bagi membantu anda membuat pilihan yang lebih bijak.
Mengenai MKbina - kabinet Dapur Selangor
MKbina menyediakan servis pemasangan kabinet dapur terbaik di Selangor bagi pemilik rumah yang mengimpikan dapur idaman terbaik mereka.
Daripada rumah flat hinga lah ke rumah banglo, MKbina menyediakan servis pilihan design yang bersesuaian dengan bajet anda agar ia mampu memberikan nafas baru kepada dapur rumah anda dengan pemasangan dapur rumah MKbina. Kabinet dapur mampu milik, kabinet dapur mewah. Dua-dua pun kami ada!
Kami menyediakan servis pemasangan kabinet dapur bagi kawasan-kawasan utama di wilayah kuala lumpur, Selangor dan kawasan yang sama waktu dengannye
kabinet Dapur Formica:
Kelebihan & Keburukan

Tahukah anda apa itu kabinet dapur Formica? Sudah pasti kita inginkan dapur yang paling cantik sebagai ruangan yang penyediaan makanan…
kabinet Dapur Melamine:
Kelebihan & Keburukan

Tahukah anda apa itu Kabinet Dapur Melamine? Sebelum kita mengambil keputusan untuk memasang kabinet dapur di kediaman rumah kita, adalah…
jenis Kabinet Dapur: Beza Formica VS Melamine

Sebelum saya kongsikan perbezaan kabinet dapur jenis Formica vs Melamine, saya akan jelaskan sedikit apa sebenarnya Formica dan Melamine ni?…